Selamat berpuasa kepada semua. Sempena bulan Ramadhan ini, saya ingin berkongsi satu artikel dari journal perubatan yang terkemuka dunia iaitu New England Medical Journal (NEJM) pada 26 December 2019 yang lalu tentang kebaikan berpuasa. Ini bermakna, pakar-pakar perubatan dunia telah mengiktiraf kebaikan-kebaikan bila seseorang berpuasa.
Berpuasa 2 kali seminggu sudah diketahui keberkesanannya oleh Pakar-pakar Perubatan di Amerika dan Eropah. Mereka memangilnya dengan panggilan “intermittent fasting 5:2 for 16 – 18 hours” atau puasa Isnin Khamis dari Subuh sampai Maghrib. Memang banyak kajian makmal dan juga kajian klinikal yang telah mereka lakukan sehingga kini.
Sedikit mengenai pathophysiology. Bila berpuasa, tenaga dalam bentuk kalori yang dimakan akan berkurangan. Ini menyebabkan badan akan menggunakan sumber tenaga yg tersedia ada di dalam sel badan sendiri iaitu “fatty acid and Ketone bodies”. Ini menyebabkan peningkatan ketone bodies yang ketara di aliran darah seseorang yang berpuasa.
Ketone body bukan sahaja diguna sebagai sumber tenaga, tetapi ia juga adalah adalah satu mediator atau “potent signalling molecules” yang dapat meransangkan enzim atau mediator lain seperti PGC-1α, fibroblast growth factor, NAD+, Sitrunis dan sebagainya. Ini akan meningkatkan metabolisma badan dan seterusnya mempercepatkan tindakan “DNA repair”, “protein quality control”, “mitochondrial biogenesis”, “down regulation of the inflammation” dan sebagainya. Seterusnya ia akan mempercepatkan kadar penyembuhan sel-sel seseorang yang berpuasa (cell repair).
Ketone body juga akan merangsang “expression of gene for brain derivate neuropathic factor” yang akan memberi implikasi ke atas otak dan psychology seseorang. Hasilnya, di kalangan orang-orang tua yang mengamalkan berpuasa, daya ingatan, fungsi harian dan konsentrasi fikiran akan menjadi lebih baik. Risiko nyanyuk, terkena Alzheimer disease dan Parkinson disease berkurangan dengan ketaranya.
Bagi pesakit cardiovascular seperi darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung pula, berpuasa akan menurunkan kandungan gula darah, mengurangkan kolesterol, menurunkan denyutan jantung dan tekanan darah dengan menaikkan parasympathetic tone. Insulin sensitivity juga akan menjadi lebih baik terutama bagi pesakit kencing manis dan seterusnya dose ubat kencing manis dapat dikurangkan.
Bagi pesakit asthma pula, berpuasa akan mengurangkan kekerapan terkena asthma terutama bagi pesakit yang gemuk. Berpuasa juga dapat “supress cancer cell and increase sensitivity towards chemotherapy and radiotherapy”. Pembedahan juga menjadi lebih cepat baik jika seseorang berpuasa beberapa minggu sebelum operation dilakukan.
Begitulah banyaknya kebaikan-kebaikan yang boleh didapati apabila seseorang berpuasa. Allah maha mengetahui apakah fitrah yang terbaik bagi hambanya termasuklah berpuasa. Bayangkanlah kalau berpuasa dua kali seminggu pun dah macam-macam kebaikan, inikan pula berpuasa sebulan Ramadhan. Akhir kata, semoga amalan berpuasa kita ini diredhoi Allah. Selamat berpuasa.
Dr Nizam
Senior consultant physician