Berpijak di bumi nyata
Perintah Kawalan Keselamatan yang dijalankan di Malaysia dikatakan berjaya mengurangkan jumlah pesakit Covid 19 di Malaysia. Dari satu segi, ianya bermanafaat tetapi pada masa yang sama, ekonomi Malaysia terjejas teruk sehinggakan kerajaan terpaksa membelanjakan sehingga RM 260 Billion untuk menampung kejatuhan ekonomi bagi tempoh 4 minggu tersebut sahaja. Ini baru 4 minggu PKP dijalankan. Ekonomi Malaysia dikatakan akan pulih sepenuhnya hanya dalam jangkamasa 6 bulan selepas itu, itupun jika penyakit Covid 19 dapat diatasi di peringkat global.
Kerajaan Malaysia perlulah berpijak di bumi nyata. Kita perlu menerima hakikat bahawa negara kita Malaysia bukanlah sebuah negara yang kaya raya dimana kerajaan mampu untuk menampung setiap rakyat walaupun mereka tidak bekerja. Terlalu banyak akibatanya akan ditanggung termasuklah pemotongan dan perberhentian pekerja, syarikat-syarikat yang tewas dan kerajaan sendiri terkesan dengan putusnya punca pendapatan. Nak tak nak, selepas 14.4.2020, perintah PKP hendaklah ditamatkan dengan perbagai langkah secara berhati-hati.
Jika diperhatikan, negara-negara yang teruk dilanda wabak Covid 19 ini adalah negara-negara yang berada di garisan Latitude 400 Utara seperti China, Spain, Itali, US, Iran, Korea, Jepun, Turkey, France dan kebanyakkan negara-negara Eropah. Betul !!! Negara-negara lain termasuk Malaysia juga terkena wabak Covid 19 ini tetapi tidaklah seteruk negara di garisan Latitude 400 Utara. Kalau dibandingkan kemudahan perubatan negara Eropah dan US dengan Malaysia, seperti langit dan bumi tetapi Alhamdulillah kes kita tidaklah seteruk mereka. Kita mungkin lebih bernasib baik sahaja disebabkan kedudukan geografi kita, tapi apa salahnya kita mengambl kesempatan dengannya dengan menamatkan PKP tersebut bersama dengan beberapa langkah keselamatan.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan adalah seperti:
- Mewajibkan seluruh rakyat Malaysia memakai topeng muka sebagai penghalang pertama (first line barrier). CDC Amerika juga mencadangakan setiap rakyat mereka memakai masks dimasa wabak ini. Ianya bukan sahaja dapat menghindari pesakit yang terkena Covid 19 menjangkiti orang berdekatannya secara tidak sedar tetapi juga dapat mengurangkan titisan kuman di udara dari menjangkiti seseorang. Paling baik adalah topeng muka N95 ataupun 3 ply surgical masks. Diharap kerajaan dapat menyediakan topeng-topeng muka ini secara percuma kepada setiap rakyat.
- Teruskan penjarakkan sosial yang di amalkan. Ini termasuklah penutupan sekolah-sekolah dan university sehingga wabak Covid 19 benar benar terkawal. Penutupan panggung wayang, restoran hanya dibenarkan “take away sahaja”, Gedung supermarket menghadkan kemasukan pelanggan pada setiap masa, sembahyang berjemaah termasuklah sembahyang Jumaat dilakukan secara sendiri dahulu, tiada majlis keramaian atau perkahwinan, pasar tani dan pasar malam tidak dibenarkan beroperasi dan mesyuarat dijalankan secara atas talian sahaja (video conferencing).
- PKP hanya diteruskan pada kawasan-kawasan merah sahaja untuk membendung wabak Covid dari merebak dari kluster tersebut. PKP juga dikenakan kepada warga tua yang berumur 65 tahun dan ke atas serta kanak kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah dimana risiko dijangkiti amat tinggi.
- Teruskan perintah kuarantin ke atas setiap warga yang baru pulang dari luar negara sehingga 10 hari. Kuarantin 10 hari juga terpakai kepada PUI (person under investigation) bagi mengelakkan pesakit asymptomatic menjangkiti orang lain. Memadai 10 hari kuarantin dicadangkan berdasarkan kajian terbaru yang dikeluarkan oleh journal perubatan The Lancet seperti yang saya ceritakan dahulu.
- Mewujudkan “one stop fever clinic” dimana setiap pesakit yang demam, batuk dan sakit tekak akan terus ke klinik tersebut dimana ujian saringan Covid 19 dapat dilakukan dengan segera dan pesakit akan diletakkan sebagai PUI sehingga keputusan makmal diperolehi. Jika keputusan negative, barulah pesakit itu boleh berjumpa dengan doktor biasa dengan membawa surat akuan Covid 19 negative. Ianya bukan sahaja dapat menghindari pesakit menjangkiti orang lain jika terus pergi ke klinik biasa, tetapi pengawasan dan pengasingan dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.
- Bagi petugas-petugas frontline pula, diharap meraka dapat diuji dengan Covid 19 antibody (IgG) kerana bayak kajian mengatakan jika seseorang telah mempunyai antibody di dalam darahnya, kebarangkalian beliau untuk mendapat penyakit yang sama adalah kurang. Petugas-petugas yang telah mempunyai antibody ini bolehlah diletakkan dibahagian hadapan menggantikan petugas yang masih tidak mempunyai Covid 19 antibody. Diharap ini dapat mengurangkan risiko petugas kesihatan dijangkiti Covid 19. Sekali lagi perlu diingatkan, ujian antibody IgG bukannya hendak mengesahkan seseorang mendapat Covid 19 tetapi lebih kepada surveillance yang seseorang telah immune dari dijangkiti Covid 19.
Banyak lagi cadangan yang boleh kita utarakan dan terserahlah kepada pihak kerajaan untuk meneliti dan seterusnya mengikuti cadangan yang diberikan tersebut. Insya Allah, dengan perancangan yang teliti, PKP dapat ditamatkan, perniagaan dapat beroperasi seperti biasa dan ekonomi Malaysia akan lebih kukuh.
Dr Nizam
Senior Consultant Physician