COVID 19 Updates

NEJM updates

Banyak kajian terbaru telah dikeluarkan untuk memahamkan lagi pathophysiology Covid 19 bagi menjawab kontroversi-kontoversi yang terjadi sebelum ini. Saya akan mengulas serba sedikit mengenainya.

Pertamanya mengenai kontoversi ubat RAAS inhibiors iaitu ACEI dan ARB, Pada 1 May 2020 yang lalu, majalah terkemuka perubatan iaitu New England Medical Journal telah menerbitkan tiga kajian berkenaaan RAAS inhibitor serentak. Kajian ini dilakukan di beberapa tempat di seluruh dunia. Menurut Mehna et al dalam kajiannya “Cardiovascular Disease, Drug Therapy, and Mortality in Covid 19” yang dilakukan di 169 hospital di sekitar Asia, Eropah dah Amerika Utara mendapati tiada hubungan diantara Covid 19 dengan ubat RAAS inhibitor.

Begitu juga kajian oleh Macia et al di Lombardy, Italy dan Reynolds et al di Amerika Syarikat dalam dua artikel bertajuk “Renin-Angiotensin-Aldosterone system blocker and the risk of Covid 19” mendapati perkara yang sama. Cuma ketiga-tiga kajian tersebut adalah kajian dari jenis “prospective observation study”. Bukti yang terunggul di dalam perubatan iaitu dari kajian “Randomised clinical trial” masih lagi diperlukan untuk mengesahkan kajian pemerhatian ini.

Berbekalkan kajian di atas, pakar-pakar sedunia mencadangkan supaya pendekatan “Don’t stop and don’t start” iaitu jangan berhentikan ubat keatas pesakit-pesakit yg sedang mengambil RAAS inhibitor dan jangan memulakan ke atas pesakit-pesakit yg belum diberikan ubat RASS inhibitor buat masa ini walaupun ubat ini amat baik untuk pesakit-pesakit cardiovascular seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.    

Keduanya, “peer review” yang dilakukan oleh Anthony et all, seorang professor dari Harvard University mengenai satu artikel dari professor He X et al dari China dalam artikelnya  “Covid 19 might be most transmissible in the presymptomatic period” yang diterbitkan dalam satu majalah perubatan di China menyatakan kemuncak jangkitan yang paling tinggi sebenarnya terjadi 2 hari sebelum seorang pesakit menunjukkan symptoms Covid 19. Ini akhirnya mengesahkan bahawa pesakit yang masih lagi tiada tanda-tanda (asymptomatic) boleh menjadi pembawa yang amat bahaya (super spreader).

Kesimpulannya, bagi pesakit-pesakit cardiovascular, gunakan kaedah don’t’ stop and don’t start; iaitu jika sudah mengambil ubat RAAS, jangan diberhentikan dan jika belum mengambil ubat RAAS untuk penyakitnya, jangan dimulakan. Keduanya, di harap kerajaan Malaysia dapat mencegah penularan wabakCovid 19 dikalangan rakyatnya dengan mewajibkan pemakaian mask bila berada di kawasan umum untuk mengelakkan jangkitan Covid 19 terjadi terutama dikalangan pembawa yang masih tidak mempunyai symptoms. Sekian, terima kasih.

Dr Nizam

Senior consultant physician